Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelongan awam kenderaan sita di JPJ N. Sembilan 16 Okt


Tarikh kemaskini: 09/10/2019





SEREMBAN, 9 Okt -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan akan mengadakan Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri 2/2019 di kawasan parkir awam jabatan itu di Jalan Seremban-Tampin di sini pada 16 Okt ini.

Menurut kenyataan JPJ Negeri Sembilan, sebanyak 82 kenderaan akan dilelong pada hari tersebut.

"Sehubungan itu, dokumen penjualan lelong boleh dibeli pada 24 Sept hingga 11 Okt ini secara tunai dengan harga RM100 senaskhah di kaunter 39, Blok Omega, JPJ Negeri Sembilan di sini. Dokumen penjualan lelong yang dibeli tidak boleh dikembalikan.

"Pembida yang mempunyai dokumen penjualan lelong sahaja dibenarkan melihat kenderaan yang akan dilelong di stor simpanan kenderaan JPJ Negeri Sembilan pada 7 hingga 11 Okt ini," menurut kenyataan di laman sosial facebook JPJ Negeri Sembilan.

Menurut kenyataan itu lagi, pembida dinasihatkan untuk melihat sendiri kenderaan yang akan dilelong sebelum melibatkan diri dalam pelelongan.

Pembida juga dikehendaki mematuhi arahan jualan lelongan awam sepanjang sesi lelongan diadakan seperti yang terdapat dalam buku lelongan awam.

Di samping itu, JPJ Negeri Sembilan turut melelong kenderaan lusuh pada hari tersebut.

Orang ramai yang mempunyai sijil lesen barang lusuh digalakkan menyertai lelongan awam ini.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel