Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPM tahan dua lelaki Pala'u disyaki mengebom ikan


Tarikh kemaskini: 09/10/2019





SEMPORNA, 9 Okt  -- Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki Pala'u dipercayai menjalankan kegiatan pengeboman ikan di perairan sini, malam tadi.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohd Pajeri Ali berkata juragan dan anak perahu masing-masing berumur 40 tahun dari Kampung Halo itu ditahan pada 8 malam dalam Op Pensura.

"Berdasarkan pemantauan yang dilakukan Unit Risikan Marin (URM) selama beberapa hari berjaya mengesan bot pam tersebut yang disyaki menjalankan aktiviti mengebom ikan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohamad Pajeri, pemeriksaan awal di ruangan perahu menemukan ikan pelbagai jenis kira-kira 40 kg yang disyaki mati akibat daripada bahan letupan bom ikan. 

Katanya, tangkapan dan rampasan dianggarkan RM5,210 dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel