Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Program Revolusi Hijau bantu tingkat pendapatan peneroka


Tarikh kemaskini: 09/10/2019





KOTA TINGGI, 9 Okt -- Program Revolusi Hijau yang diperkenalkan kerajaan negeri dilihat dapat membantu kalangan peneroka Felda di negeri ini, terutama dalam menghadapi kesan kejatuhan harga kelapa sawit sejak kebelakangan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor Tosrin Jarvanthi berkata, program itu menumpukan kepada usaha membangunkan tanah-tanah kosong atau terbiar dengan kegiatan pertanian dan ternakan yang lebih produktif.

"Ketika ini sasaran turut ditumpukan kepada usaha menambah ekonomi dan pendapatan peneroka, melalui hub-hub pertanian terancang di seluruh felda di negeri ini.

"Untuk mengurangkan kebergantungan peneroka hanya melalui hasil kelapa sawit sahaja, maka kerajaan mencadangkan mereka menceburi  tanaman Nenas MD2 dan lada hitam yang boleh diusahakan di tanah-tanah kosong milik Felda di negeri ini, sama ada secara kelompok, koperasi atau individu," katanya pada Majlis Penyerahan Hak Milik Geran Peringkat 2,3 dan 4 Felda Lok Heng Barat, di Dewan Terbuka Felda Lok Heng Barat, lewat malam tadi.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Lama Rosleli Jahari, Pegawai Tadbir Tanah dan Galian Daerah Kota Tinggi Mohd Hafiz Aliman dan Pengurus Besar Felda Wilayah Johor Bahru Abd Rahman Ahmad. 

Tosrin berkata  projek perintis Program Revolusi Hijau telah dimulakan bagi tanaman Nenas MD2 seluas 30 ekar di Felda Ulu Tebrau dan lada hitam ditanam di Felda Inas seluas 10 ekar. 

Selain itu, Tosrin berkata peneroka juga boleh menyertai program ternakan ayam kampung di mana setiap mereka akan dibekalkan dengan 100 ekor anak ayam, sebagai permulaan ternakan. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel