Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga emas ditemukan mati di Miri


Tarikh kemaskini: 09/10/2019





MIRI, 9 Okt -- Seorang lelaki warga emas ditemukan mati di dalam sebuah rumah di sebuah kawasan perumahan di Lorong 7, Krokop, di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata mayat Lim Chai Hock, 74, lelaki warga tempatan itu ditemui setelah pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang menghidu bau busuk dari rumah tersebut pada pukul 10.16 pagi.

"Polis rondaan yang tiba ke lokasi mendapati semua pintu pagar serta pintu hadapan ditutup dan bau busuk yang kuat," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata mangsa tinggal seorang diri di rumah itu manakala isteri dan anaknya tinggal di Semenanjung.

Lim berkata setelah mendapat bantuan bomba untuk membuka pintu, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan berbaring telungkup dan sudah reput.

"Kawasan sekitar rumah telah diperiksa, didapati semua pintu serta tingkap bilik ditutup dan dikunci dari dalam, semua barang si mati dalam keadaan baik," katanya menambah mayat kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Peniaga ingkar arahan penggunaan produk biodegradasi dikompaun

 
     

PRK Kimanis: Pimpinan PH perlu fikir langkah menangi semula hati rakyat - Anwar

 
     

BN kekalkan kerusi Kimanis

 
     

Dr Mahathir mahu Bersatu Kedah kukuhkan parti - Mukhriz

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel