Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Operasi SAR Mohamad Danish kini bertumpu di kawasan perangkap sampah


Tarikh kemaskini: 09/10/2019





KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas di dalam longkang di Taman Bukit Teratai, Ampang, semalam, kini bertumpu di sekitar kawasan perangkap sampah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pengaliran dan Saliran.

Katanya pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat turut menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mencari mangsa, Mohamad Danish Supri Antony.

“Pihak berkaitan turut menggunakan peralatan dron dalam misi SAR berkenaan,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini.

Noor Azmi berkata pihaknya turut membuka sebuah pos kawalan bagi operasi SAR itu, berhampiran sebuah stesen minyak, di Cheras Indah.

Semalam, Mohamad Danish dilaporkan hilang dikhuatiri lemas, selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di lokasi berkenaan.

Kanak-kanak itu dilapor bermain bersama beberapa rakannya sebelum terjatuh ke dalam longkang.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Najib atur penipuan SRC sejak dari mula - Peguam Negara

 
     

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel