Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki bungkus dadah dalam paket minuman 3 dalam 1 ditahan


Tarikh kemaskini: 09/10/2019





BUKIT MERTAJAM, 9 Okt -- Kegiatan seorang lelaki yang mengedar, memproses serta membungkus dadah dalam bungkusan minuman segera atau 3 dalam 1 terbongkar, selepas rumahnya diserbu di Taman Impian Jaya, di sini kira-kira pukul 3 pagi Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata serbuan itu dijalankan selepas risikan dan intipan yang dijalankan sejak dua minggu lepas apabila remaja berusia 19 tahun itu dikesan turut menjual bahan terlarang itu, di pusat hiburan sekitar negeri ini.

"Semasa serbuan itu, lelaki berkenaan berada di hadapan pintu rumah dan pemeriksaan ke atasnya tidak menemui sebarang dadah, namun pemeriksaan lanjut dalam bilik suspek menemui 49 bungkusan minuman 3 dalam 1 pelbagai perisa serta jenama," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya pemeriksaan dalam semua  bungkusan minuman segera itu, polis menemui 1,614.27 gram dadah jenis MDMA dan pihaknya turut merampas 70 biji pil ekstasi, ketamin seberat 54.80 gram dan 10 biji pil eramin 5, yang kesemuanya bernilai RM17,850.

Menurutnya lelaki yang tidak bekerja itu memperolehi bekalan dadah dalam kuantiti besar daripada satu sindiket, sebelum memproses dan membungkusnya sendiri di bilik rumah berkenaan.

Nik Ros Azhan berkata lelaki itu menjual semula dadah termasuk dalam bungkusan minuman segera dan 3 dalam 1 itu, di pusat hiburan dengan harga bermula RM100 sehingga RM300.

"Suspek yang dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak awal tahun ini, mempunyai pelanggan tetap di pusat hiburan dan pasaran dadahnya di beberapa premis hiburan sekitar negeri ini," katanya.

Katanya polis turut merampas wang tunai sebanyak RM4,624 dipercayai hasil kegiatan menjual dadah dan menyita sebuah kereta Perodua Myvi, milik lelaki itu.

Beliau berkata lelaki itu kini direman tujuh hari, bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, kerana mengedar dadah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel