Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peruntukan RM10 juta naik taraf ITYNS - Aminuddin


Tarikh kemaskini: 09/10/2019





KUALA PILAH, 9 Okt -- Kerajaan negeri akan memperuntukkan sejumlah RM10 juta bagi menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan di Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan (ITYNS), Gentam, di sini.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata peruntukan itu adalah sebahagian daripada Belanjawan Negeri Sembilan 2020 yang akan dibentangkan kerajaan negeri nanti.

"Dalam masa yang sama, kita juga merancang untuk menggabungkan pelajar kolej yang sama tetapi jurusan berbeza dari Temiang, Seremban ke sini (ITYNS) bagi memudahkan pengurusan. Jadi mungkin ada satu kolej sahaja di sini yang mempunyai pengajian seperti Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), kulinari dan jahitan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perdana Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Tuanku Jaafar (SMKSTJ) 2019 di sini.

Selain itu, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM30,000 kepada SMKSTJ bagi tujuan program kecemerlangan dan pembangunan pelajar.

"Kita percaya hanya melalui peningkatan kualiti pendidikan sahaja, sumber daya insan cemerlang dapat dilahirkan dan seterusnya berupaya memacu pembangunan negara pada masa hadapan," katanya.

Pada majlis itu, Aminuddin turut menyampaikan Anugerah Penghargaan Khas Wira Negara kepada Aiman Afiq Suradi dari sekolah berkenaan yang berjaya memenangi pingat gangsa pada pertandingan WorldSkills Competition Kazan 2019, yang berlangsung di Rusia, baru-baru ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel