Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tipu dokumen visa: Dua lelaki diburu - polis


Tarikh kemaskini: 09/10/2019





KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Polis sedang mengesan dua lelaki warga Pakistan bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pengurusan dokumen visa bernilai RM36,000, pada Mei lepas.

Dua individu yang dicari itu dikenali sebagai Naseem, 50-an dan Muhammad Asadullah berumur 28 tahun yang beralamat terakhir di A-13A-03, Kondominium D-Pines, Jalan Cempaka 6, Taman Nirwana, Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata semakan polis dengan Jabatan Imigresen turut mendapati visa yang diuruskan kedua-dua lelaki terbabit adalah palsu dan tiada dalam rekod Imigresen.

“Kami terima aduan daripada seorang warga Pakistan mengenai penipuan visa oleh kedua-dua suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini.

Beliau berkata Muhammad Asadullah pernah dipanggil dan diambil keterangan malah turut memfitnah anggota polis meminta suapan berjumlah RM7,000 untuk menyelesaikan kes berkenaan.

“Anggota polis itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan direman empat hari pada September lepas,” katanya.

Noor Azmi berkata kes ini disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan masing-masing kerana memfitnah dan melakukan penipuan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Najib atur penipuan SRC sejak dari mula - Peguam Negara

 
     

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel