Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Graduan UiTM perlu galas tanggungjawab tingkat sosio-ekonomi bumiputera - Safri


Tarikh kemaskini: 09/10/2019





MACHANG, 9 Okt – Graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) perlu menggalas tanggungjawab meningkatkan sosio-ekonomi bumiputera yang masih jauh ketinggalan.

Pro Canselor UiTM, Tan Sri Safri Awang Zaidell berkata sehubungan itu UiTM perlu terus mengorak langkah sebagai penjana graduan bumiputera terlatih dalam bidang sains, teknologi dan professional.

Katanya kepakaran warga akedemik perlu dipertingkatkan seiring tuntutan semasa demi memenuhi keperluan semasa yang mendesak.

“UiTM kini memiliki 350 pensyarah dengan kepakaran di pelbagai bidang dan daripada jumlah itu 56 memiliki kelulusan Doktor Falsafah (PhD) manakala 76 lagi sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD.

“Kita yakin dengan kepakaran tenaga pengajar yang ada, UiTM mampu melahirkan graduan yang memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan semasa,” katanya pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen UiTM ke-91 yang turut dihadiri Rektor UiTM cawangan Kelantan, Profesor Madya Dr Zulkifli Mohamed di sini, hari ini.

Seramai 1,224 graduan menerima diploma dan ijazah masing-masing pada majlis peringkat UiTM cawangan Kelantan ke-9 yang berlangsung selama dua hari berakhir esok

Mereka adalah dari enam fakulti iaitu Fakulti Perakaunan dan Seni Lukis dan Seni Reka, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Pengurusan Maklumat, Fakulti Komputer dan Matematik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi dan Fakulti Sains Gunaan

Mengenai keboleh-pasaran graduan UiTM di seluruh negara, Safri berkata ia amat memberangsangkan dengan lebih 80 peratus mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

“Saya amat berbangga apabila ramai di kalangan graduan yang menerima tawaran pekerjaan sebelum menamatkan pengajian dan ini membuktikan UiTM menjadi gudang melahirkan graduan yang mampu memenuhi aprisiasi negara.

“Saya sendiri semasa mengendalikan temuduga lepasan pelbagai universiti dalam dan luar negara teruja dengan keterampilan serta kemampuan lepasan UiTM mengendalikan tugas yang diberikan.

Sementara itu, Dr Zulkifli berkata graduan Matematik dan Komputer Sains paling banyak mendapat permintaan kerana ia selari dengan perkembangan teknologi semasa.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel