Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UMP kekal penarafan lima bintang dua tahun berturut-turut


Tarikh kemaskini: 09/10/2019





PEKAN, 9 Okt -- Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya mengekalkan penarafan lima bintang yang bermaksud cemerlang dalam Pengauditan Pengurusan Kewangan Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara buat kali kedua berturut-turut. 

Naib Canselornya Profesor Dr Wan Azhar Wan Yusoff berkata penilaian itu itu dibuat berdasarkan Pengauditan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) yang dijalankan setiap dua tahun. 

"Kejayaan pertama dicapai pada 2016 dan kita berjaya mengulanginya pada penilaian yang dilakukan tahun lalu. Saya percaya antara faktor yang membolehkan kita mengekalkan keputusan yang baik ini ialah kawalan dalaman yang sentiasa dilaksanakan. 

"Kita memastikan skop kawalan yang disenaraikan adalah dipatuhi selain penganjuran bengkel kepada staf bagi memastikan kami sentiasa menggunakan piawaian perakaunan yang tinggi," katanya. 

Wan Azhar berkata demikian kepada pemberita semasa Majlis Penyerahan Sijil Lima Bintang Pengauditan Pengurusan Kewangan Indeks Akauntabiliti UMP yang disampaikan Pengarah Audit Pahang Zulkifli Tunggal di kampus induk universiti itu di sini, hari ini. 

Pada majlis itu, Jabatan Bendahari UMP menerima penarafan tersebut yang menunjukkan pengurusan kewangan universiti dijalankan dengan cekap dan teratur menerusi pengauditan yang melibatkan sembilan elemen kawalan. 

Elemen itu ialah kawalan pengurusan, kawalan bajet, kawalan terimaan, pengurusan perolehan, kawalan perbelanjaan, pengurusan kumpulan wang pinjaman dan deposit, pengurusan aset dan stor, pengurusan pelaburan dan pinjaman serta penyata kewangan UMP.

Wan Azhar juga optimis UMP akan terus mewujudkan budaya kerja berasaskan amalan terbaik untuk meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan, untuk kecemerlangan berterusan universiti. 

"Selain itu, budaya membetulkan kelemahan dan membiasakan amalan yang betul dapat meningkatkan tahap pengurusan kewangan Jabatan Bendahari kepada tahap lebih berkualiti, berintegriti, berinovasi tinggi dan mesra pelanggan.

"Bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapannya, penting untuk warga kerja UMP terus berusaha meningkatkan momentum prestasi berdasarkan bidang tugas dan tanggungjawab mereka," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel