Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis nafi keluar notis berkaitan kes pengubahan wang haram, penyeludupan dadah


Tarikh kemaskini: 10/10/2019





KUALA TERENGGANU, 10 Okt -- Polis Terengganu menafikan pihaknya telah mengeluarkan notis terhadap seorang individu bagi membantu siasatan berhubung kes penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram seperti yang tular di media sosial sejak Selasa lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata surat tersebut dipercayai dikeluarkan oleh sindiket penipuan bertujuan memperdayakan mangsa bagi mengaut keuntungan.

“Surat yang dihantar ke rumah individu terbabit di ibu negara itu juga tidak wujud dalam sistem fail polis serta mempunyai nombor siri palsu.

“Isi kandungan surat tersebut menggunakan bahasa pasar dan kepala surat yang digunakan berbeza dengan surat rasmi yang dikeluarkan polis,” katanya kepada Bernama di sini.

Katanya polis memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini. 

Beliau juga menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan taktik-taktik yang digunakan oleh sendiket penipuan dan segera merujuk kepada pihak polis sekiranya menerima surat seumpama itu.

Surat yang dimuat naik di laman sosial oleh seorang individu itu mendakwa bahawa pihak polis 'memerintahkan' mangsa memberi kerjasama kepada polis Terengganu kerana disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram berjumlah RM228,000.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel