Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kilang e-waste haram dihentikan operasi serta-merta


Tarikh kemaskini: 10/10/2019





JOHOR BAHRU, 10 Okt -- Sebuah kilang sisa elektrik dan eletronik (e-waste) di Simpang Renggam diarah memberhentikan operasi serta-merta setelah didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk beroperasi secara haram dan melakukan pencemaran udara, Isnin lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Tan Chen Choon berkata tindakan itu diambil setelah satu operasi penguatkuasaan bersepadu dijalankan ke atas kilang berkenaan melibatkan pelbagai agensi, selepas mendapat aduan daripada masyarakat setempat mengenai pencemaran.

“(Kilang) itu beroperasi tanpa sebarang lesen, mahupun lesen daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) ataupun pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Tindakan yang diambil JAS adalah di bawah Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, katanya.

“JAS telah menyita kesemua sisa elektrik dan elektronik yang terdapat di premis berkenaan dan segala peralatan kawalan pencemaran. Kertas siasatan juga telah disediakan oleh pihak JAS untuk tindakan perundangan susulan,” kata beliau.

Sementara itu, Majlis Daerah Simpang Renggam turut memaklumkan Tenaga Nasional Bhd untuk memotong bekalan elektrik manakala Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) mengambil tindakan menghentikan bekalan air ke premis berkenaan.

“Jabatan Imigresen pula menahan seramai 107 pendatang asing yang didapati bekerja di premis kilang berkenaan,” tambah Tan lagi.

Beliau mengingatkan semua pemilik premis sisa elektrik dan eletronik di seluruh negeri ini supaya mengambil perhatian dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Katanya, pemantauan dan penguatkuasaan oleh agensi penguatkuasaan akan dilaksanakan bagi memastikan tiada sebarang aktiviti yang melanggari undang-undang.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel