Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Supt Amran Ketua Polis Daerah Kuala Pilah yang baharu


Tarikh kemaskini: 10/10/2019





KUALA PILAH, 10 Okt  -- Bekas Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan (IPKNS), Supt Amran Mohd Gani dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Pilah yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Amran mengambil alih jawatan itu yang sebelum ini dipangku DSP Syahrul Anuar Abdul Wahab yang kini memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah.

Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah disaksikan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop.

Mohamad dalam ucapannya berkata dalam pembangunan negara ke arah sebuah negara maju telah membuka pelbagai ancaman jenayah ketika ini.

Namun demikian katanya, segala ancaman yang dihadapi warga polis khususnya perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.

"Kita sendiri tahu bahawa bersatu padu dan bekerjasama antara warga IPD Kuala Pilah adalah sangat penting, supaya semua tugas yang dilaksanakan akan lebih membawa kepada kejayaan.

"Saya mahu semua warga IPD Kuala Pilah sentiasa memberi perkhidmatan terbaik dan menyumbangkan sesuatu yang hebat kepada setiap lapisan masyarakat yang memerlukan bantuan pada setiap masa tanpa mengira pangkat, kaum dan segala-galanya," katanya di sini, hari ini.

Beliau juga turut mengingatkan warga IPD Kuala Pilah agar sentiasa peka dan memberikan bantuan sepenuhnya kepada pihak Istana Besar Seri Menanti dan Balai Luak Undang Johol selaras dengan kedudukannya yang berada di kawasan Bandar Diraja Negeri Sembilan.

"Ini penting bagi memelihara tali persaudaraan dan hubungan baik antara polis khususnya IPD Kuala Pilah dengan pihak istana yang telah lama terjalin," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Najib atur penipuan SRC sejak dari mula - Peguam Negara

 
     

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel