Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat kegiatan pecah rumah dan miliki dadah


Tarikh kemaskini: 10/10/2019





JOHOR BAHRU,10 Okt -- Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah selain memiliki sejumlah dadah di Jalan Hulubalang 3, Taman Ungku Tun Aminah, dekat Skudai, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata dua lelaki berkenaan yang berusia 36 dan 35 tahun itu sedang berjalan kaki dalam keadaan yang mencurigakan sebelum ditahan pasukan peronda di kawasan jalan berkenaan pada pukul 2 pagi.

Katanya ketika ditahan, lelaki berusia 36 tahun itu gagal mengemukakan kad pengenalan diri.

“Hasil pemeriksaan pada tubuh badan kedua-dua suspek, kita menemui satu paket kecil plastik  lut sinar  berisi hablur kristal, disyaki dadah jenis syabu.

Selain itu, beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan pecah rumah turut dijumpai iaitu satu unit kunci allen yang telah ditajamkan bahagian pangkal dan hujung, ‘cutter’, playar, pisau lipat dan beg pinggang berwarna merah,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Taib berkata hasil ujian saringan air kencing juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.  

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952 dan Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan Seksyen 28 (1) Undang-Undang Kesalahan Kecil.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran

 
     

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel