Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kolam takungan pecah, guna jalan alternatif - polis


Tarikh kemaskini: 10/10/2019





BATU GAJAH, 10 Okt  -- Pengguna jalan raya dinasihat menggunakan laluan alternatif susulan sebuah kolam takungan bekas lombong pecah di KM 22 Jalan Ipoh-Lumut, berhadapan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) di sini, hari ini.

Antara laluan alternatif yang boleh digunakan adalah laluan dari Ipoh ke Lumut melalui Jalan Parit dan dari Lumut ke Ipoh menerusi Jalan Bali, Tanjung Tualang.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Ahmad Adnan Basri berkata kejadian itu telah menyebabkan air melimpah keluar ke atas jalan di kawasan tersebut kira-kira pukul 10 pagi.

“Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah laluan. Anggota trafik telah diarah mengawal aliran lalu lintas dan sekatan sementara untuk lencongan kenderaan telah dibuat. 

“Tiada kemalangan jiwa dan kerosakan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Adnan berkata beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta untuk tindakan pembersihan jalan dan sebagainya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri Abdul Yunus Jamhari ketika dihubungi berkata pemantauan berterusan telah dilaksanakan di lokasi sepanjang 50 meter itu.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengarahkan pihak berkaitan untuk mengambil tindakan segera untuk kerja-kerja pembaikan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel