Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM tahan bot nelayan langgar syarat sah lesen


Tarikh kemaskini: 10/10/2019





KOTA KINABALU, 10 Okt  -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah menahan sebuah bot pukat tunda dipercayai melanggar syarat sah lesen di kawasan perairan Kota Kinabalu pada 12.15 tengah hari semalam.

Pengarah APMM Sabah Laksamana Muda (M) Kamaruszaman Abu Hassan dalam kenyataan berkata dalam operasi yang dijalankan dan rondaan itu, APMM turut menahan lapan orang termasuk awak-awak dan seorang juragan warganegara Indonesia.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka yang ditahan berumur antara 19 hingga 26 tahun itu gagal mengemukakan pengenalan diri dan nama juragan tidak dinyatakan dalam lesen bot berkenaan.

Kamaruszaman berkata tiada hasil laut ditemukan di dalam bot berkenaan dan bot itu telah dibawa ke jeti Maritim Sepanggar.

“Beberapa operasi khas akan dirancang dan dilaksanakan oleh pihak Maritim untuk membanteras dan menjejaki mereka yang menjadi dalang aktiviti yang melanggar undang-undang laut,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel