Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM tahan teksi air Indonesia mencurigakan di perairan Johor Timur


Tarikh kemaskini: 10/10/2019





JOHOR BAHRU, 10 Okt -- Sebuah bot kayu yang dipercayai menjadi ‘teksi air’, milik warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) di perairan Johor Timur, semalam.

Pengarahnya Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata bot kayu tanpa tanda nama itu ditahan bot peronda di kedudukan dua batu nautika arah tenggara Tanjung Penyusop pada pukul 2.40 petang.

 Katanya, bot berkenaan yang tidak mempunyai penumpang itu dibawa oleh dua lelaki warga Indonesia berumur 16 dan 47 tahun.

“Penahanan dibuat sebagai langkah pencegahan kejadian curi dan rompak melibatkan bot kayu jenis sama.

“Ia (penahanan) juga adalah untuk menguatkuasakan Pekeliling Pelabuhan No. 67/2017 yang mengehadkan bot-bot asing menjalankan apa-apa perkhidmatan dalam had  pelabuhan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, bot berkenaan kemudian dirampas dan kedua-dua lelaki itu ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Kastam 1967.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, APMM Zon Maritim Batu Pahat merampas empat pukat ‘Rawa Sorong’ yang dipercayai ditinggalkan oleh empat buah bot yang berada dalam keadaan mencurigakan di perairan Ayer Baloi, semalam.

Pengarahnya, Komander Maritim Mohammad Othman berkata pihaknya sering kali menerima rungutan dari nelayan tempatan mengenai pencerobohan bot-bot pukat sorong di kawasan sekitar.

Keempat-empat pukat berkenaan dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat bawah Akta Perikanan 1985.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel