Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rabies: Mangsa gigitan haiwan perlu dapatkan rawatan segera


Tarikh kemaskini: 10/10/2019





KUCHING, 10 Okt -- Mereka yang digigit anjing, kucing atau monyet perlu mendapatkan rawatan segera sekarang kerana wabak rabies di negeri ini telah mengorban satu lagi nyawa, mangsa ke-20 kes kematian wabak itu setakat ini, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau menegaskan peraturan mudah itu boleh menyelamatkan nyawa terutamanya pada masa ini kerana negeri ini berhadapan wabak yang membawa maut.

“Saya ulangi di sini … sebaik sahaja digigit, mangsa perlu membasuh luka gigitan dengan sabun dan mengalirkan air ke atasnya selama 10 ke 15 minit. Kemudian ia perlu mendapatkan rawatan dengan segera.  Ini adalah penting tidak kira sama ada luka itu adalah serius atau sebaliknya.

Kami mempunyai kes lampau yang mana mereka yang mendapatkan rawatan di klinik, sembuh. Kami mempunyai kemudahan untuk merawat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan semalam berkata seorang lelaki berusia 64 tahun dari Mukah menjadi mangsa terbaharu yang maut akibat rabies selepas dia digigit seekor anjing yang diambil daripada saudaranya di Kanowit. 

Merujuk kepada kes terbaharu itu, Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata lelaki itu mungkin dapat diselamatkan jika dia mengikuti saranan yang diberikan.

“Laporan itu menyatakan lelaki itu digigit pada 21 Mei semasa memberi anjing itu makan.  Walaupun dinasihati supaya mendapatkan rawatan ke atas luka yang dialaminya, dia enggan dan berkata ia tidak serius.

Hanyalah pada 6 Ogos, dia mendapatkan rawatan di Hospital Bintulu, dan kemudiannya meninggal dunia pada 19 Ogos di Unit Rawatan Rapi hospital itu,” katanya. 

Uggah juga mengingatkan mereka yang suka membela haiwan supaya memeriksa latar belakang anjing mereka seperti berasal dari mana dan memastikannya diberikan pelalian, sebelum dibela. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran

 
     

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel