Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Produk kraf Orang Asli mampu ke pasaran antarabangsa


Tarikh kemaskini: 10/10/2019





SUNGAI SIPUT, 10 Okt  -- Produk kraftangan masyarakat Orang Asli mempunyai kualiti dan hasil seni cantik yang bukan sahaja boleh dipasarkan dalam negara, malah berupaya menembusi pasaran antarabangsa. 

Senator Datuk Isa Ab Hamid berkata masyarakat Orang Asli termasuk di Kuala Mu di sini kini mempunyai kesedaran dan keupayaan untuk menghasilkan produk terbaik kerana ia mempunyai permintaan yang memberangsangkan. 

"Hasil seni yang dihasilkan berkualiti, buat pembungkusan baik, cantik. Sekarang orang ramai boleh bangga miliki kraf Orang Asli bila ke luar bandar dan bukan lagi membeli kerana kasihan, tiada apa nak beli," katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek Semarak Kraf Orang Asli di Pos Kuala Mu anjuran Kraftangan Malaysia. 

Hadir sama Pengarah Kraftangan Malaysia Ismail Ibrahim. 

Bersempena dengan projek itu, Kraftangan Malaysia telah mengadakan makmal pembangunan dan pengeluaran produk kraf fasa satu selama tiga hari bermula 8 Okt lalu yang disertai 40 peserta. 

Sementara itu, Ibrahim berkata pihaknya memilih Kuala Mu kerana melihat masyarakat Orang Asli di penempatan berkenaan yang ingin berubah demi masa depan dan kehidupan mereka. 

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel