Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Projek naiktaraf tiga jeti nelayan di kawasan Tanjung Piai


Tarikh kemaskini: 10/10/2019





PONTIAN, 10 Okt -- Projek menaiktaraf tiga jeti nelayan di kawasan Parlimen Tanjung Piai, dekat sini, yang peruntukannya telah diluluskan baru-baru ini dijangka bermula tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri Tosrin Jarvanthi berkata ketiga-tiga jeti nelayan itu ialah Jeti Nelayan Parit Penghulu dan Jeti Nelayan Sungai Boh, kedua-duanya dalam Mukim Serkat dan Jeti Nelayan Jeram Batu di Pekan Nanas.

Kerja-kerja naiktaraf itu termasuk pembinaan laluan pejalan kaki, pembinaan bangunan keselamatan, surau, bengkel dan kedai makan di tapak jeti.

“Kita (kerajaan Pakatan Harapan) berpegang pada janji, kita akan terus membela nasib dan kepentingan nelayan di seluruh negara termasuk kawasan Tanjung Piai,” kata beliau ketika ditemui di Jeti Nelayan Parit Penghulu, di sini.

Beliau berkata projek berkenaan yang berada di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri akan dibuka tender akhir tahun ini.

“Kita jangka kerja-kerja naiktaraf akan ambil masa enam bulan untuk disiapkan dan kitajuga  jangka lebih 300 nelayan akan menerima faedah selepas naiktaraf siap,” katanya.

Beliau berkata ia merupakan kesinambungan projek yang diperjuangkan Ahli Parlimen Tanjung Piai Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang meninggal dunia pada 21 Sept lalu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel