Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

20 pintu rumah kongsi pekerja, empat rumah terbakar di Lahad Datu


Tarikh kemaskini: 11/10/2019





LAHAD DATU, 11 Okt -- Sebanyak 20 pintu membabitkan dua blok rumah kongsi pekerja serta empat rumah di Kampung Teck Guan, Jalan Silam dekat sini, musnah terbakar, malam tadi.

Ketua Operasi Kebakaran dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Abu Bakar Taraji berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.27 malam, lalu bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebanyak empat jentera bomba dan dua kenderaan utiliti serta 31 anggota bomba digerakkan ke lokasi, termasuk pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kunak bagi operasi pemadaman api," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, api berjaya dikawal pada 10.35 malam dan tiada mangsa dilaporkan cedera dalam insiden tersebut.

Menurutnya juga, punca kejadian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel