Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan suspek warga Singapura dipercayai terlibat dengan kes pembunuhan kejam


Tarikh kemaskini: 11/10/2019





MELAKA, 11 Okt -- Polis menahan seorang lelaki warganegara Singapura yang dipercayai terlibat dengan kes pembunuhan kejam susulan penemuan lapan bahagian anggota badan manusia yang dibuang ke dalam semak di Kampung Ladang, berhampiran kawasan perindustrian Krubong di sini petang semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim berkata suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan mangsa itu ditahan pihak berkuasa Singapura hari ini.

“Waran tangkap telah dipohon di hadapan Majistret Melaka dan usaha untuk membawa suspek ke Malaysia sedang dijalankan…siasatan lanjut akan diteruskan setelah tahanan reman ke atas suspek diperoleh,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata berdasarkan maklumat risikan, polis percaya mangsa dibunuh di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Merdeka iaitu rumah milik mangsa.

Katanya polis telah menjumpai kesan darah di bilik bawah kediaman tersebut.

Semalam polis menemui sekurang-kurangnya lapan bahagian badan manusia tidak lengkap di dalam semak berhampiran Jalan utama Kampung Ladang berhampiran kawasan perindustrian Krubong.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel