Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Belanjawan 2020 inklusif - MB Johor


Tarikh kemaskini: 11/10/2019





MUAR, 11 Okt -- Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal menyifatkan Belanjawan 2020 sebagai satu belanjawan inklusif dengan membuktikan keprihatinan kerajaan persekutuan bukan sahaja terhadap pembangunan mampan malah merapatkan jurang selari dengan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030.

Mengenai beberapa 'buah tangan' yang diterima Johor, beliau berkata kerajaan negeri berterima kasih dan bersyukur dengan peruntukan tersebut yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Johor antara lain mendapat peruntukan RM42 juta bagi pembinaan Pusat Rawatan Kumbahan Sungai Segget, RM85 juta untuk melancarkan aliran trafik kenderaan khususnya yang melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dan hasrat meneruskan projek Sistem Rapid Transit (RTS) antara Johor Bahru-Singapura.

Sebanyak RM95 juta untuk pengubahsuaian infrastruktur dan kemudahan perubatan seperti di Hospital Pontian.

“Ini merupakan berita baik untuk rakyat Johor,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, menerusi televisyen bersama orang ramai di sebuah kopitiam, di sini.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri akan berbincang dengan kerajaan pusat berhubung peruntukan untuk penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020 dan Tahun Melawat Johor 2020 yang tidak dinyatakan dalam Belanjawan 2020.

"Jangan khuatir kita akan berusaha semampu kita untuk memastikan kedua acara itu tahun hadapan dapat berjalan lancar,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel