Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perdana Menteri terima Anugerah Khas Kelestarian Canselor USM


Tarikh kemaskini: 12/10/2019





ARAU, 12 Okt  -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan menganugerahkan Anugerah Khas Kelestarian Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini.

Penganugerahan itu berlangsung di Istana Arau sebelum bermulanya Majlis Santapan Negeri sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Tuanku Syed Sirajuddin Ke-76.

Turut berangkat sama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Selain itu, isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan isteri Datin Seri Nor Aswana Omar juga hadir pada majlis berkenaan.

Terdahulu, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menyampaikan darjah dan pingat kebesaran negeri Perlis kepada 19 penerima pada istiadat penganugerahan yang berlangsung sempena ulang tahun keputeraan baginda itu di istana sama pagi tadi.            

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel