Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki terjatuh ke dalam cerun ketika daki bukit di Lumut


Tarikh kemaskini: 13/10/2019





LUMUT, 13 Okt -- Seorang lelaki berdepan detik mencemaskan apabila terjatuh ke dalam cerun sedalam 10 meter sebelum berjaya diselamatkan anggota bomba ketika mendaki bukit di Bukit 300, Teluk Batik di sini malam tadi. 

Dalam kejadian pada pukul 7.40 malam itu, lelaki berusia 20 tahun itu bersama lima lagi rakannya mendaki bukit secara berasingan bermula pukul 6.30 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung Shuib Idris berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.45 malam sebelum sepasukan anggota dan jentera dengan bantuan BBP Sitiawan ke lokasi untuk tindakan lanjut. 

Menurutnya, mangsa tersesat ketika mencari lima rakannya kerana melalui jalan pintas dan kemudian dia terjatuh ke dalam cerun sebelum menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan. 

"Mangsa ditemui pada 10.55 malam dalam keadaan lesu namun tidak cedera dan hanya calar di badan sahaja akibat terjatuh di cerun kira-kira 400 meter dari kaki bukit.

"Bomba kemudian membawa keluar mangsa dari cerun itu dengan menggunakan tali," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Shuib berkata kesemua rakan mangsa berusia antara 11 hingga lingkungan 20-an yang sesat itu bagaimanapun berjaya turun sendiri dan selamat. 

"Bomba menyerahkan mangsa kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 11.55 malam," katanya. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel