Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kedah beri tumpuan hadapi cabaran baharu IR 4.0


Tarikh kemaskini: 13/10/2019





ALOR SETAR, 13 Okt -- Kerajaan Negeri kini memberikan tumpuan kepada usaha menghadapi cabaran baharu Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dalam usaha memastikan negara terus kekal berdaya saing sekali gus mampu bersaing dengan negara maju lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata untuk itu Kerajaan Negeri akan menjalinkan kerjasama industri bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) yang sememangnya menekankan aspek revolusi industri itu.

"Ini satu-satunya pendekatan yang sangat penting. Saya sangat bimbang kalau kita tidak menguasai teknologi ini, kita akan ketinggalan, kos kita semakin meningkat, dan kita tidak dapat bersaing dengan negara maju lain.

"Bayangkan banyak negara lain seperti Indonesia dan Vietnam yang  juga beri tumpuan kepada IR4.0...dan ia boleh membantu Malaysia untuk memintas negara maju sekiranya kita memberikan tumpuan terhadap teknologi terkini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Pasca Bajet 2020 di sini, hari ini.

Mukhriz berkata meskipun transformasi digital itu satu cabaran besar namun Kerajaan Negeri perlu bijak mengguna pakai peluang yang ada dalam usaha menghadapi kehendak revolusi industri itu.

"Jadi saya bangkitkan perkara ini dengan UUM sebenarnya, mengenai IR 4.0, digital ekonomi dan bab finance yang banyak didigitalkan, jadi benda ni kita jangan terlepas pandang dan peluang," katanya.

Beliau berkata jalinan kerjasama industri bersama universiti sangat penting bagi menguruskan sumber terhad yang jika Kerajaan Negeri dapat menggabungkan sumber yang ada itu ia dapat mengatasi sebarang masalah termasuk berhadapan tuntutan era revolusi industri berkenaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel