Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Operator kilang rugi RM40,000 ditipu Skim Cepat Kaya


Tarikh kemaskini: 13/10/2019





KEPALA BATAS, 13 Okt -- Seorang operator kilang mengalami kerugian sebanyak RM40,000 selepas wanita itu dipercayai ditipu sindiket yang menawarkan pelaburan Skim Cepat Kaya di laman sosial Facebook, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian  awal September, mangsa berusia 37 tahun tertarik dengan iklan pelaburan di media sosial yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam masa singkat. 

"Wanita itu telah bertanyakan lebih lanjut berkenaan skim tersebut menerusi mesej di aplikasi WhatsApps sebelum mangsa dihubungi seorang lelaki Cina yang mendakwa ejen sebuah syarikat yang menawarkan pelaburan cepat untung dan telah membantu ramai orang atasi masalah kewangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya wanita itu kemudian bersetuju membuat pelaburan sebanyak  RM5,000 tetapi telah di pengaruhi untuk menambah nilai pelaburan sehingga mencecah RM40,000 dengan pulangan RM100,000 dalam tempoh sehari.

Menurutnya mangsa kemudiannya telah membuat sembilan transaksi pindahan wang dari tarikh 18 Sept hingga 26 Sept ke dalam akaun tempatan yang merupakan akaun akauntan syarikat tersebut.

Noorzainy berkata lelaki itu terus memujuk wanita berkenaan untuk membuat tambahan bayaran dengan menjanjikan pulangan pelaburan yang lebih tinggi dalam masa singkat.

Katanya mangsa tidak bersetuju malah setiap kali wanita itu bertanyakan tentang pulangan pelaburan yang di laburkan dalam skim tersebut, ejen berkenaan memberi pelbagai alasan.

"Sehinggalah minggu lepas, wanita itu gagal menghubungi ejen tersebut malah mesejnya juga tidak dijawab dan mangsa mengesyaki dia telah di tipu sebelum membuat laporan polis semalam," katanya.

Menurutnya siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan pemilik akaun digunakan sindiket itu.

Kes berkenaan di siasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel