Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan tiga lelaki, rampas syabu RM66,000


Tarikh kemaskini: 13/10/2019





ALOR SETAR, 13 Okt -- Polis menahan tiga lelaki dan merampas lebih dua kilogram dadah jenis syabu bernilai RM66,000 di tempat letak kereta Plaza Tol Pendang Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Arriz Sham Hamezah berkata kesemua lelaki berumur antara 20 dan 30-an itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada 4.15 petang selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

"Pada mulanya seorang suspek berumur 23 tahun ditahan sebelum dia mencampakkan beg galas warna biru di atas jalan dan pemeriksaan lanjut menemui dua bungkusan plastik yang mana di dalamnya masing-masing berisi sepeket plastik lutsinar berisi ketulan kristal dadah syabu dianggarkan seberat 2,070 gram," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arriz Sham berkata ekoran tangkapan itu, pihaknya menahan dua lagi rakan suspek yang berada berhampiran lokasi suspek pertama ditahan.

"Siasatan awal mendapati, dadah itu dipercayai diperoleh dari Pulau Pinang dan suspek ditahan ketika dipercayai menunggu pelanggan untuk jualan kepada pengedar kecil di sini," katanya.

Katanya, polis turut menyita tiga motosikal milik suspek dan hasil semakan mendapati ketiga-tiga mereka memiliki rekod lampau antaranya berkaitan dadah.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori dan mereka direman selama tujuh hari bermula 11 Okt lepas untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel