Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sebanyak 300kg sisa kitar semula dikumpulkan di pantai P.Pinang


Tarikh kemaskini: 13/10/2019





BALIK PULAU, 13 Okt -- Seramai 150 sukarelawan dari sembilan perkumpulan berhasil  mengumpulkan kira-kira 300 kg sisa kitar semula di Pantai Teluk Bayu, Sungai Batu dekat sini, hari ini.

Para wakil dari Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor), CPI Penang, Persatuan Nelayan Sungai Batu serta para pelajar dan penduduk setempat membersihkan kira-kira 250 meter pantai di situ di bawah program perlindungan alam sekitar Eco Frenz.

Pengarah bersekutu Perangsang Selangor, Mohd Fauzi Mohd Ghazali berkata, semua sisa kitar semula itu dikutip dalam tempoh setengah jam dengan kebanyakannya terdiri daripada plastik.

Mohd Fauzi berkata, program perlindungan alam sekitar itu hari ini adalah bagi menggalak dan mendidik orang ramai terutama generasi muda supaya mengamalkan tabiat menjaga alam sekitar agar selamat dan bersih.

“Sebagai Debian Bayan korporat yang bertanggungjawab dalam memastikan kelestarian di Salam aspek ekonomi, alam sekitar dan sosial, maka program ‘Menghormati Alam Sekitar Semula Jadi’ ini adalah bukti kesungguhan dan komitednya Perangsang Selangor dalam usaha memelihara dan memulihara alam semula jadi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau juga berkata, ini adalah inisiatif kesedaran alam sekitar kali ketiga diadakan tahun ini, memandangkan Perangsang Selangor telah mengadakan program menanam pokok di Johor dan aktiviti pengasingan sampah di Pulau Ketam, Selangor.

“Kita akan mempunyai program lain di Kampung Sungai Sireh di Klang pada bulan hadapan, di mana para sukarelawaan akan membersihkan tebing sungai itu dan membantu 150 nelayan dengan meningkatkan kemudahan bagi mereka,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel