Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

160 murid SJKT di Ipoh beriadah di LWOT


Tarikh kemaskini: 13/10/2019





IPOH, 13 Okt -- Seramai 160 murid dari empat buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di sekitar Ipoh berpeluang mengadakan lawatan sambil belajar di taman tema air Lost World Of Tambun (LWOT) di sini, hari ini.

Pengarah Eksekutif Sunway City Ipoh, Wong Wan Wooi berkata program kemasyarakatan itu bagi memberi peluang kepada murid sekolah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) menikmati keseronokan beriadah di taman tema air itu.

Selain itu, katanya murid dari SJKT Klebang, SJKT Kampung Simee, SJKT Ladang Chemor dan SJKT Ladang Strathisla itu turut menerima sumbangan daripada Sunway Group yang berupa barangan keperluan seperti beg sekolah, alat tulis, makanan dan minuman, vitamin, ubat gigi dan sabun.

"Program kemasyarakatan ini bukan sahaja memberi keceriaan kepada mereka malah ia diadakan bertujuan untuk membantu komuniti yang memerlukan bantuan terutamanya golongan B40," katanya ketika berucap pada program #Sunwayforgood Deepavali Cheer yang turut dihadiri Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak, A Sivanesan.

Sivanesan dalam ucapannya berkata syarikat korporat digalak menjadikan Sunway Group sebagai contoh dan mengambil inisiatif untuk menyumbang kembali kepada golongan yang memerlukan.

Sementara itu, R. Thurga, 12, dari SJKT Ladang Strathisla berkata  beliau gembira kerana terpilih mengikuti lawatan ke LWOT.

"Saya pernah meminta ibu bapa untuk datang ke sini tetapi mereka beritahu tidak ada duit untuk bawa saya ke sini disebabkan kehidupan kami sekeluarga yang miskin,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel