Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana


Tarikh kemaskini: 14/10/2019





SEREMBAN, 14 Okt -- Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan telah bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana termasuk banjir dan ribut ekoran negeri ini kerap dilanda hujan sejak kebelakangan ini.

Pengarahnya Leftenan Kolonel (PA) Fazlisyah Muslim berkata kesemua anggota dan aset berada dalam keadaan siap siaga, malah latihan pengurusan banjir dan kursus pusat pemindahan juga telah diadakan.

"APM juga telah meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi teknikal seperti Jabatan Meteorologi dan Jabatan Perairan dan Saliran, dalam memantau lokasi-lokasi kawasan banjir di negeri ini. Kita juga memastikan peralatan dan kelengkapan termasuk anggota di kesemua tujuh daerah, berada dalam keadaan baik selain mengadakan latihan kemahiran bot dalam kalangan anggota," katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau berkata APM dengan kerjasama kerajaan negeri, pejabat daerah serta agensi berkaitan juga akan terus meningkatkan penyebaran maklumat kesedaran bencana, terus kepada masyarakat dalam meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan bencana.

"Sebagai contoh melaksanakan taklimat program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) dan penubuhan Pasukan Tindakan Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) agar usaha kesedaran menghadapi bencana dan pengurangan risiko dapat dipertingkatkan," katanya.

Fazlisyah juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa peka terhadap keadaan cuaca ketika musim hujan dan sentiasa mengawasi kanak-kanak, bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya dapat menyalurkan sebarang maklumat sekiranya berlaku kejadian bencana di mana-mana pusat kawalan APM daerah atau menghubungi talian kecemasan 999.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel