Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Seramai 50 wanita muda Johor disasar sertai program ‘Young Women Bootcamp’


Tarikh kemaskini: 14/10/2019




JOHOR BAHRU, 14 Okt -- Seramai 50 wanita muda Johor dari Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Insitusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan badan bukan kerajaan (NGO) disasar untuk menyertai Program Young Boothcamp, yang akan berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada  24-26 Okt ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Liow Cai Tung berkata, program pertama kali diadakan secara percuma anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) negeri bertujuan untuk melahirkan lebih ramai pemimpin wanita pada masa hadapan.

Katanya, program berkenaan dilaksanakan bagi membantu golongan wanita muda memperkembangkan lagi potensi diri selain meningkatkan pengetahuan  dalam teknik kepimpinan berkesan.

“Golongan wanita muda berusia antara 20-30 tahun yang akan dibentuk menjadi pemimpin digalakkan menyertai program ini kerana pengisiannya meliputi komunikasi dalam organisasi, literasi ICT dan kepekaan gender yang amat berguna kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel