Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM Johor tahan dua bot, satu kapal tangki dan 14 warga Indonesia


Tarikh kemaskini: 14/10/2019





JOHOR BAHRU, 14 Okt -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua buah bot serta sebuah kapal tangki bersama 14 lelaki warga Indonesia di perairan Johor Timur semalam atas pelbagai kesalahan.

Pengarah APMM Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata sebuah bot kayu ditahan pada 7.30 pagi di kedudukan 3.5 batu nautika Selatan Tanjung Penyusop manakala bot kedua, 'teksi air', ditahan pada 9.26 pagi pada kedudukan 2.5 batu nautika Selatan Tanjung Bulat.

Sebuah kapal tangki dengan tanda nama "FITRI 7” dan Pelabuhan Malabo, Equatorial Guinea sebagai pelabuhan berdaftarnya pula ditahan pada 1 tengah hari di kedudukan 7.4 batu nautika Timur Tanjung Penawar, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata semua penahanan dilakukan oleh pasukan bot ronda APMM yang sedang melakukan rutin rondaan di kawasan terbabit setelah kelihatan berapung-apung dan bergerak dalam keadaan mencurigakan.

“Tiga lelaki warga Indonesia yang berumur lingkungan 21 hingga 47 tahun ditahan bersama bot kayu 'Lima Sore' dan akan disiasat di bawah Seksyen 44 dan 49 Akta Kastam 1967 manakala 'teksi air' bersama seorang tekong berumur 33 tahun dan seorang penumpang berumur 25 tahun akan disiasat di bawah Seksyen 44 Akta Kastam 1967, Seksyen 26J Akta ATIPSOM 2007 (Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran) serta Seksyen 5 Akta Imigresen 1959/63. 

“Kapal tangki ‘Fitri 7’ yang dikendalikan sembilan kru termasuk nakhoda warga Indonesia, berumur lingkungan 27 hingga 47 tahun, turut  ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 491B(l) dan Seksyen 72(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut serta kru kapal tidak mencukupi seperti Safe Manning Certificate,” katanya. 

Zulfadli menjelaskan, penahanan bot kayu pada kali ini juga dilakukan bagi menguatkuasakan Pekeliling Pelabuhan No 67/2017 yang mengehadkan bot-bot asing menjalankan apa-apa perkhidmatan dalam had pelabuhan dan juga dibuat sebagai langkah pencegahan kejadian curi dan rompak yang melibatkan bot kayu jenis sama. 

“Maritim Malaysia sentiasa komited dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya demi memastikan perairan negara khususnya Perairan Johor Timur bebas daripada sebarang aktiviti jenayah dan pelanggaran undang-undang,” katanya lagi.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel