Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ribut: PPS Balai Raya Kampung Linsum ditutup


Tarikh kemaskini: 14/10/2019





SEREMBAN, 14 Okt -- Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Kampung Linsum yang menempatkan seramai 13 orang daripada empat keluarga dalam kejadian ribut di Rantau Sabtu lepas, ditutup sepenuhnya pukul 9.08 pagi tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Seremban dalam satu kenyataan berkata kesemua mangsa dibenarkan pulang selepas mendapat arahan penutupan PPS oleh Pegawai Daerah Seremban.

Mereka ditempatkan di PPS berkenaan berikutan kediaman mereka di kuarters Jabatan Kerja Raya mengalami kerosakan akibat dibadai ribut dalam kejadian 3 petang Sabtu itu.

Selain rumah, Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau yang akan digunakan sebagai pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut mengalami kerosakan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel