Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM tahan dua kapal korek bersama kru warga asing


Tarikh kemaskini: 15/10/2019





MELAKA, 15 Okt -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan menahan dua buah kapal korek bersama 12 kru warga China dan Filipina kerana didapati melanggar syarat lesen, iaitu beroperasi pada luar waktu dibenarkan, di kedudukan kira-kria 4.6 Batu Nautika Barat Daya Tanjung Keling, dekat sini, tengah malam tadi.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan, Komander Maritim Azman Samsudin berkata, kapal terbabit ditahan pada pukul 12.56 tengah malam, selepas pihaknya menerima maklumat berkenaan aktiviti pengorekan dan pemindahan pasir laut dalam keadaan yang mencurigakan sewaktu melakukan rondaan rutin.

”Kapal yang ditahan bertanda nama 'WEI YANG 001' dan 'JIA SHENG 218' yang membawa 12 orang kru warga China dan Filipina yang berumur dalam lingkungan 24 hingga 61 tahun.

"Siasatan awal juga mendapati kapal JIA SHENG 218 tidak mempunyai kebenaran menjalankan operasi pemindahan pasir dari pihak berkuasa” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata dua kru dari setiap kapal kemudiannya dibawa kepada Pegawai Penyiasat bagi siasatan lanjut. 

“Pihak kami sedang mengesan pemilik dan agen kedua-dua kapal berkenaan yang masing-masing berdaftar di Palau dan Belize dan kes akan disiasat  mengikut Akta Pelantar Benua 1966” katanya.

Katanya pihak APMM akan terus meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membenteras dan menyekat aktiviti jenayah di perairan Melaka dan Negeri Sembilan.

Azman berharap orang ramai akan terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel