Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan


Tarikh kemaskini: 15/10/2019





KUCHING, 15 Okt  -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan empat hari bermula 28 Jan depan untuk perbicaraan kes Pengarah Cityone MC Sdn Bhd, Stephen Long atas tuduhan gagal memastikan tahap keselamatan pekerja terjamin dalam kejadian letupan di CityOne Megamall, tahun lepas.

Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad menetapkan tarikh berkenaan selepas prosiding pengurusan kes itu di hadapannya, hari ini. 

Stephen, diwakili peguam J.B Singh dan Alvin Yong manakala pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Safwan Lokman.

Pada 24 Sept lepas, tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan telah menyebabkan tiga kematian manakala 41 lagi cedera dalam kejadian letupan gas yang berlaku pada 3.30 petang, 4 Disember 2018.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Insiden letupan di kompleks membeli belah berkenaan yang dipercayai berlaku akibat kebocoran gas, menyebabkan tiga terkorban dan 41 yang lain cedera dengan empat daripadanya cedera parah.

Selain Stephen, turut didakwa di Mahkamah Sesyen pada 8 Okt lepas adalah seorang subkontraktor, Chia Yit Siong, 56, atas pertuduhan mengabaikan aspek keselamatan sehingga menyebabkan kematian tiga pekerja dan mencederakan 41 yang lain dalam insiden itu.

Tiga lagi entiti telah didakwa atas insiden sama sebelum ini iaitu CityOne MC Sdn Bhd, Borneo Landmark (M) Sdn Bhd dan Syarikat Sin Nyen Electronic and Electrical.

Bagaimanapun, hakim Marutin Pagan melepas tanpa membebaskan Borneo Landmark (M) Sdn. Bhd. daripada pertuduhan di bawah Seksyen 15(1) OSHA 1994 kerana pihak pendakwaan memerlukan lebih masa untuk menyiasat kes berkenaan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel