Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

121 penduduk Sungai Siput pindah akibat banjir kilat


Tarikh kemaskini: 16/10/2019




IPOH, 16 Okt-- Seramai 121 penduduk daripada 30 keluarga di Kampung Lintang, Sungai Siput, di sini dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat, sejak awal pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sungai Siput dalam kenyataan berkata sehingga 11 pagi tadi, seramai 56 orang daripada 12 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tok Sirat manakala 65 orang daripada 18 keluarga dipindah ke PPS Dewan Dato' Haji Mohamad Padil, Pekan Lintang.

"Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat yang menyebabkan air Sungai Pelus melimpah ke kawasan kediaman rumah di Kampung Lintang, Sungai Siput,” katanya.

Operasi pemindahan penduduk melibatkan 25 anggota Angkatan Pertahanan Malaysia, 10 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, 15 anggota Polis Diraja Malaysia, empat anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat, seorang dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan dua penghulu.

-- BERNAMA??????       

 


 

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel