Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Laluan pendakian Hutan Simpan Kekal di Perak ditutup bermula 1 Nov


Tarikh kemaskini: 16/10/2019





IPOH, 16 Okt -- Semua laluan pendakian di dalam Hutan Simpanan Kekal di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan ditutup kepada orang awam selama tiga bulan bermula 1 Nov ini.

Jabatan Perhutanan Negeri Perak dalam satu notis memaklumkan, penutupan itu dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini berlaku ekoran musim tengkujuh.

“Penutupan akan bermula pada 1 Nov ini sehingga 31 Jan 2020 dan akan dibuka semula kepada orang awam pada 1 Feb 2020,” menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

Beberapa kawasan di Perak mula dilanda banjir sejak minggu lepas menyebabkan kawasan kediaman dinaiki air dan penduduk terpaksa dipindahkan ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Terbaharu, seramai 116 penduduk daripada 31 keluarga di Kampung Lintang, Sungai Siput masih berada di dua PPS petang ini selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat, sejak awal pagi tadi.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel