Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jumlah mangsa banjir di Sungai Siput menurun petang ini


Tarikh kemaskini: 16/10/2019




IPOH, 16 Okt  -- Jumlah mangsa banjir di Kampung Lintang, Sungai Siput terus menurun kepada 116 orang daripada 31 keluarga setakat 2.30 petang ini, berbanding 121 mangsa pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sungai Siput dalam kenyataan berkata jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Tok Sirat telah menurun daripada 56 orang pagi tadi kepada 49 orang daripada 12 keluarga, petang ini.

"Ia melibatkan 16 lelaki dewasa, 13 wanita dewasa, 12 kanak-kanak lelaki, tujuh kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU)," katanya.

Katanya, di PPS Dewan Dato' Haji Mohamad Padil, Pekan Lintang pula, terdapat penambahan mangsa banjir iaitu seramai 67 orang daripada 19 keluarga petang ini berbanding 65 orang daripada 18 keluarga pagi tadi.

"Di PPS ini, ia melibatkan 19 lelaki dewasa, 15 wanita dewasa, 21 kanak-kanak lelaki, 10 kanak-kanak perempuan dan dua orang bayi. Hujan di Kampung Lintang sudah mula berhenti dan cuaca kini baik,” katanya.

Operasi pemindahan penduduk melibatkan 27 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, 13 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, 15 anggota Polis Diraja Malaysia, tiga anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat, seorang daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan dua penghulu.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel