NZgOJVRYAh4 KPDNHEP Perlis rampas pakaian jenama tiruan bernilai hampir setengah juta
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPDNHEP Perlis rampas pakaian jenama tiruan bernilai hampir setengah juta


Tarikh kemaskini: 16/10/2019





PADANG BESAR, 16 Okt  -- Penguatkuasa pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis hari ini merampas hampir 14,000 unit barangan tiruan yang terdiri daripada pakaian berjenama yang bernilai RM471,335 dalam serbuan di sebuah premis kedai tiga tingkat berhampiran Kompleks Arked Niaga Padang Besar di sini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Mohamad Amir Abdullah berkata dua suspek warga Thailand turut ditahan dalam serbuan pada kira-kira pukul 12.35 tengahari itu, yang dibuat selepas pihaknya melakukan risikan selama dua minggu.

Beliau berkata pihaknya percaya kedua-dua suspek yang berumur 20 dan 30-an itu menjadikan premis berkenaan sebagai pusat penyimpanan barang, dipercayai untuk diedar di sekitar kawasan bahagian utara semenanjung selain kepada peniaga sekitar sini.

“Barangan berjenama tiruan yang dirampas ialah seperti baju dan seluar yang merangkumi jenama Adidas, Puma dan Nike,” katanya dan menambah kes sedang disiasat mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel