Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ramasamy nafi mahu larikan diri


Tarikh kemaskini: 16/10/2019





GEORGE TOWN, 16 Okt  -- Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy menafikan khabar angin kononnya beliau cuba melarikan diri selepas ura-ura akan ditahan polis untuk siasatan berkaitan aktiviti kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Beliau berkata polis mempunyai hak untuk menahannya jika mempunyai keperluan bagi membantu siasatan dan tidak timbul isu beliau melarikan diri daripada pihak berkuasa.

“Mana (ada) saya lari, saya ada di sini. Kenapa saya hendak lari? Ini tanah air saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Sesi Dialog Pengangkutan Awam anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI), di sini, hari ini. 

Menurutnya, sejak isu penangkapan beberapa invididu yang dikaitkan dengan kegiatan LTTE timbul, beliau hanya mempersoalkan mengapa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) perlu digunakan untuk penahanan itu.

“SOSMA perlu dihapuskan. Isunya bukan kita pertikai pihak polis tetapi isunya adalah proses pengadilan kepada mereka yang ditahan dibawah SOSMA,” katanya.

Ramasamy berkata beliau juga tetap menghormati pandangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad biarpun mereka berpegang kepada pendapat yang berbeza berhubung penggunaan SOSMA dalam menangani isu LTTE.

Semalam, Tun Mahathir dilaporkan berkata penggunaan SOSMA diperlukan selain terpaksa digunakan atas faktor keselamatan, lantas meminta semua pihak untuk menerima hakikat bahawa pihak berkuasa terpaksa menggunakan akta berkenaan kerana situasi berbeza.

“Dia tidak marah sama saya. Okaylah (Tun Mahathir kata) Ramasamy tidak setuju, bukan tidak gembira. Kita hormati Tun (Dr Mahathir),” kata Ramasamy.

Sehingga kini, seramai 12 individu termasuk dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP ditahan kerana disyaki terbabit menyokong dan menyalurkan dana untuk LTTE.

Kumpulan LTTE disenarai sebagai kumpulan pengganas di Malaysia sejak 2014.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel