Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PSR: P.Pinang kaji pendapatan jangka panjang untuk nelayan yang terjejas


Tarikh kemaskini: 16/10/2019





GEORGE TOWN, 16 Okt -- Kerajaan Pulau Pinang sedang mengusahakan kaedah terbaik dalam mewujudkan pendapatan jangka masa panjang kepada nelayan yang terjejas akibat projek tambakan laut perairan selatan Pulau Pinang (PSR) Pulau Pinang.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pihaknya mengamalkan sikap terbuka dalam menerima sebarang pendapat daripada pelbagai pihak demi kesejahteraaan rakyat.

“Kita akan lihat dari sudut mewujudkan dana yang akan dapat memberi pendapatan jangka masa panjang kepada golongan terjejas, berbanding pemberian tunai secara sekali beri. Ini kerana jika kita beri cara one-off begitu, kita bimbang wang itu nanti cepat saja habis dibelanjakan.

“Sebab itu kita mahu cari satu formula, mungkin pemberian secara berperingkat sehingga projek siap supaya tawaran diberikan itu nanti mampu beri manfaat jangka masa panjang kepada mereka,” katanya  di sini hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis dialog berkaitan penggunaan pengangkutan awam anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) di sini, hari ini.

Chow berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen PKR Pulau Pinang baru-baru ini yang meminta pelaksanaan PSR tidak diteruskan sehingga satu kajian dan penelitian lanjut mengenai kesan kepada kawasan serta mereka yang terlibat dilakukan.

“Bukan hanya pampasan yang perlu difikirkan, sebaliknya projek jangka panjang juga perlu untuk pastikan kelestarian hidup penduduk yang terdiri daripada nelayan di kawasan itu," katanya.

Menurut Chow, kerajaan negeri berusaha untuk mewujudkan pemberian wang secara berkala itu sehingga projek PSR siap sepenuhnya supaya para nelayan tidak akan dihimpit dengan masalah kewangan.

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel