Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua PPS di Sungai Siput dibuka, mangsa banjir meningkat kepada 200


Tarikh kemaskini: 16/10/2019




IPOH, 16 Okt -- Jumlah mangsa banjir kilat di Sungai Siput terus mencatat peningkatan iaitu kepada 200 orang mangsa melibatkan 61 keluarga setakat 5 petang ini berbanding 116 orang mangsa daripada 31 keluarga sebelum ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sungai Siput berkata berkata 151 penduduk membabitkan 49 keluarga dari Kampung Lintang, Kampung Pondok, Kampung Cherakoh dan Kampung Batu 11 ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Haji Mohamad Padil Kampung Lintang.

“Penduduk yang terjejas membabitkan 50 lelaki, 62 wanita, 23 kanak-kanak lelaki, enam kanak-kanak perempuan, lima bayi lelaki, empat bayi perempuan dan seorang lelaki kelainan upaya (OKU),” katanya dalam satu kenyataan di sini petang ini.

Manakala jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Tok Sirat masih kekal seramai 49 orang daripada 12 keluarga dengan pecahan 16 lelaki, 13 wanita, 12 kanak-kanak lelaki, tujuh kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan kurang upaya.

Operasi banjir dipantau agensi berkaitan  iaitu  27 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), 13 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), 15 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), tiga anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seorang wakil daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan dua orang penghulu.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel