Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sabah perluas kawasan perlindungan marin kepada 13 peratus menjelang 2025


Tarikh kemaskini: 17/10/2019





KOTA KINABALU, 17 Okt  -- Kementerian Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah merancang untuk memperluas Kawasan Perlindungan Marin (MPA) sebanyak 13 peratus iaitu bersamaan dengan 2.031 juta hektar menjelang tahun 2025.

Setiausaha Tetap kementerian itu Datuk William Baya berkata pada masa ini MPA di Sabah hanya meliputi 7.2 peratus daripada keseluruhan kawasan.

“Kerajaan juga merancang untuk menambah dua lagi MPA pada 2030, masing-masing satu di pantai barat dan pantai timur Sabah,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal dan Pertukaran Serantau MPA ke-8 di sini malam tadi.

William berkata Taman Tun Mustapha, Kudat yang diwartakan pada 2016 merupakan kawasan perlindungan marin terbesar di Malaysia dengan lebih 890,000 hektar.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Interim, Sekretariat Serantau Inisiatif Segitiga Terumbu Karang (CTI)  Dr Hendra Yusran Siry berkata acara itu memberi inspirasi untuk mempelajari inisiatif dan menarik buat setiap anggota negara CT6 mencapai objektif Pelan Tindakan Serantau (RPOA).

Beliau berharap kerja-kerja yang telah dimulakan di MPA akan memperkukuhkan kawasan pemuliharaan dan rentas sempadan MPA, peningkatan perancangan dan pengurusan MPA serta penyediaan pengurusan MPA yang mampan.

“Juga peningkatan kapasiti serta komunikasi dan jangkauan terus dan dapat menggalakkan lebih banyak sokongan daripada pelbagai pihak berkepentingan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel