Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPM tahan anggota kongsi gelap di perairan Silam


Tarikh kemaskini: 17/10/2019





TAWAU, 17 Okt -- Seorang lelaki dipercayai anggota kongsi gelap daripada pertubuhan diwartakan haram di Malaysia, ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di Perairan Silam,  dekat sini pada Selasa lepas.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata anggota PPM yang menjalankan rondaan rutin terserempak bot pam dikendalikan warga asing berusia 25 tahun itu dalam keadaan mencurigakan pada 5.50 petang.

"Menyedari kehadiran anggota PPM, suspek menukar laluan bot dan memecut laju bot, melarikan diri ke arah Laut Giong, namun berjaya dipintas dan suspek ditahan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohamad Pajeri, hasil pemeriksaan awal, suspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

"Pemeriksaan lanjut, menemukan suspek memiliki buku-buku, kad, dokumen keahlian suatu pertubuhan dan suspek mengakui kesemua dokumen berkenaan miliknya.

"Pemeriksaan di badan suspek juga terdapat tanda pengenalan keahlian pertubuhan berkenaan yang merupakan salah satu pertubuhan kongsi gelap yang diwartakan haram di Malaysia," katanya lagi.

Sementara itu, Mohamad Pajeri berkata suspek dan barang rampasan termasuk bot pam dibawa ke Markas Operasi Lahad Datu bagi siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/1963.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel