Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pesakit dan kakitangan Hospital Tanah Merah dikejutkan kebakaran akibat litar pintas


Tarikh kemaskini: 17/10/2019





TANAH MERAH, 17 Okt -- Kakitangan dan pesakit di Hospital Tanah Merah di sini dikejutkan dengan kejadian litar pintas yang menyebabkan kebakaran, di wad bersalin kira-kira jam 11.00 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah Mohd Rafain Mat Zain berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan 11.05 malam daripada pihak hospital berhubung kejadian terbabit.

"Susulan itu pihak hospital telah mengosongkan bangunan terbabit, dengan memindahkan kakitangan dan pesakit ke tempat berkumpul.

"Pihak kami mendapati kebakaran melibatkan litar pintas di bahagian dewan bersalin hospital terbabit," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata selepas pemeriksaan dilakukan, keadaan terkawal dan bangunan terbabit  selamat untuk meneruskan operasi seperti sediakala.

"Sebuah jentera bersama enam anggota terlibat bagi melaksanakan tugas-tugas menyelamat dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan disebabkan kejadian itu," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel