Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jambatan Gantung Satok kini stabil, tiada lagi pergerakan di blok utama - JKR


Tarikh kemaskini: 17/10/2019





KUCHING, 17 Okt  -- Jambatan Gantung Satok di sini, kini stabil dan tiada lagi pergerakan dijangka berlaku di blok utama jambatan itu, kata Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam satu kenyataan, hari ini.

JKR Sarawak mengesahkan perkara itu selepas melakukan siasatan di blok utama di bahagian Kubah Ria yang sedikit condong apabila ujian beban statik terhadap jambatan itu dimulakan dengan memuatkan beban yang sama dengan berat 800 orang.

“Memandangkan insiden blok utama di bahagian Matang yang condong semasa ujian beban dilakukan di keseluruhan Jambatan Satok, JKR telah menjalankan program penyiasatan intensif termasuk kajian siasatan tanah, pemantauan reka bentuk dan pembinaan serta pemantauan harian jika terdapat sebarang pergerakan lain di blok utama.

“Antara inisiatif yang diambil untuk memastikan kestabilan struktur adalah langkah berjaga-jaga untuk mengambil plat gelung jambatan bagi mengurangkan berat pada blok penambat yang bermasalah,” menurut kenyataan itu.

Di samping itu, jabatan itu juga melakukan pemantauan rapi pada setiap hari bagi memastikan tiada pergerakan di blok utama.

“Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan juga bersetuju dengan penglibatan perunding bebas untuk mengkaji semula keseluruhan reka bentuk jambatan serta menjalankan penilaian geoteknik terperinci untuk mengetahui punca blok utama yang condong dan mencadangkan kerja pembaikan kekal untuk jambatan itu,” katanya.

JKR Sarawak sedang menjalankan cadangan penyelesaian kekal setelah kestabilan jambatan terjamin. 

Sementara itu, kerja di tapak pembinaan sudah dihentikan untuk mengelak dan mengurangkan tuntutan daripada kontraktor disebabkan tempoh pelaksanaan dipanjangkan, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel