Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPLB Sabah perkasakan urus tadbir MPKK dengan lawatan sambil belajar


Tarikh kemaskini: 17/10/2019




KOTA KINABALU, 17 Okt -- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah menghantar 50 delegasi terdiri daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan usahawan KPLB Sabah mengadakan lawatan sambil belajar dan menyertai Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya Kuala Lumpur selama lima hari bermula hari ini.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, untuk tahun ini, MPKK yang terlibat adalah dari lima daerah iaitu Kota Belud, Keningau, Lahad Datu, Ranau dan Nabawan. 

“Program ini antaranya bertujuan untuk memperkasakan kepimpinan dan urus tadbir para pemimpin akar umbi iaitu pengerusi-pengerusi MPKK. Kita akan teruskan program seumpama ini pada tahun akan datang untuk memberi peluang kepada MPKK yang lain sekiranya ada bajet.

Selain melawat KUD, mereka juga akan melawat beberapa kampung contoh dan berkongsi pengalaman dengan MPKK di beberapa kampung di sana. Saya berharap Pengerusi-Pengerusi MPKK ini juga menjadi duta kecil Sabah sepanjang lawatan mereka,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan ringkas dengan semua ahli rombongan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, hari ini.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian merakamkan penghargaan kepada KPLB Persekutuan kerana memberi peluang kepada empat usahawan KPLB Sabah menyertai pameran dan jualan sempena KUD

“Selain membantu mempromosikan produk-produk usahawan tempatan Sabah iaitu kelapa dara dan produk kecantikan, peluang seperti ini juga akan meluaskan lagi rangkaian pasaran mereka. Setakat ini mereka memasarkan produk bukan sahaja dalam pasaran tempatan tetapi telah menembusi pasaran Semenanjung dan luar negara termasuk di Brunei, Singapura, China dan Korea Selatan,” katanya.

Ewon berkata, empat usahawan Sabah terpilih menyertai KUD itu ialah Ronnie Onginjan, Zaharinah Masair, Norsiah Ahiddin dan Jooskin Toripon dari Pitas dan Kudat.

“Mereka adalah antara usahawan berjaya di bawah bimbingan KPLB Sabah. Saya amat yakin mereka boleh mendapat hasil jualan yang besar untuk produk masing-masing sepanjang karnival ini," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel