Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ko-Nelayan perkenalkan "kolam dapur" di Tuaran


Tarikh kemaskini: 17/10/2019





TUARAN, 17 Okt  -- Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) memperkenalkan "kolam dapur" di Taman Mini Akuakultur Ko-Nelayan, Kampung Laya-Laya di sini sebagai tarikan pengunjung datang memancing ikan di pusat itu.

Pengurus Besar Ko-Nelayan  Yusof Awang Besar berkata pengunjung yang berjaya memancing ikan di taman itu boleh  memasak di situ atau dibawa pulang.

"Kegiatan kolam dapur pertama di Sabah itu dilihat mampu menjana pendapatan kepada mereka yang terlibat dalam industri perikanan selain dapat memasarkan hasil pertanian mereka.

Antara ikan yang terdapat di kolam ini ialah ikan siakap, ikan merah dan kertang yang berpotensi untuk dijual," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kolam dapur yang dilancarkan oleh Pengerusi Ko-Nelayan, Awang Ahmad Sah Awang Sahari.

Beliau berkata, Ko-Nelayan memilih nama kolam dapur bagi menggalakkan pengunjung tempatan dan luar datang beriadah di taman berkenaan.

Selain itu, kolam dapur juga turut mempunyai pusat asuhan benih ikan, kegiatan mencanting batik dan persembahan kebudayaan tempatan.

Yusof berkata Ko-Nelayan kini dalam usaha mewujudkan kerjasama dengan beberapa pengusaha pelancongan di Sabah untuk membawa pelawat asing berkunjung ke taman itu.

"Taman ini bakal menerima pelancong dari China, Korea Selatan dan Eropah setiap minggu bermula Disember depan selepas penambahbaikan kemudahan termasuk pembinaan galeri selesai," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel