Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Libatkan anak muda dalam hala tuju PTPTN - Bersatu Sabah


Tarikh kemaskini: 17/10/2019





SANDAKAN, 17 Oct -- Kerajaan, kususnya Kementerian Pendidikan dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disaran mewujudkan mekanisme lebih menyeluruh untuk memberi ruang dan peluang kepada golongan muda untuk terlibat dalam proses penentuan dasar dan hala tuju PTPTN.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, pendekatan itu penting untuk memastikan PTPTN dapat digerakkan pada landasan yang tepat dengan memahami aspirasi generasi muda.

Beliau turut menekankan kepentingan kefahaman dan kerjasama semua pihak bagi memastikan PTPTN terus berkembang dan bergerak dengan dana yang stabil dan mencukupi.

“Kerjasama ini termasuk para peminjam agar mereka melaksanakan tanggungjawab pembayaran bagi memastikan dana terus tersedia bagi pelajar baharu yang memerlukan sumber pembiayaan pendidikan,”katanya dalam kenyataan, di sini, malam ini.

Di samping itu, katanya, perlu dipertimbangkan kewujudan pilihan pelan pembayaran yang lebih feksibel dengan mengambil kira situasi peminjam.

"PTPTN adalah salah satu institusi yang amat penting dalam menjayakan agenda 'Pendidikan Untuk Semua' yang mana tidak ada anak watan terhalang untuk melanjutkan pendidikan kerana faktor kekangan kewangan,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel